Tang Jie-Ee Wei laung amaran awal

Tang Jie-Ee Wei laung amaran awal


Tang Jie (kanan) dan Ee Wei tidak berdepan masalah mara ke pusingan kedua Indonesia Masters di Istora Senayan pada Rabu. Foto Agensi

BEREGU campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuka gelanggang Indonesia Masters langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua kejuaraan Super 500 di Istora Senayan pada Rabu.

Pilihan kedua kejuaraan itu mara selepas menjinakkan beregu dari Perancis, Julien Maio-Lea Palermo, 21-14, 21-17 dalam masa 34 minit untuk berdepan wakil tuan rumah Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu.

Turut mara satu lagi beregu campuran Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang menewaskan wakil Hong Kong, Lui Chun Wai-Fu Chi Yan 21-14 21-17 dalam masa 29 minit.

Pang Ron-Su Yin akan berdepan pasangan dari India, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto yang mengesahkan kemaraan selepas menewaskan beregu tuan rumah Adnan Maulana-Indah Cahya Sari Jamil, 21-18, 21-14.

Bagaimanapun hasrat satu lagi pasangan negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien untuk mengiringi dua wakil negara itu tidak kesampaian apabila tunduk kepada wakil Jepun, Hiroki Midorika-Natsu Saito,13-21, 15-21 dalam masa 32 minit.

Cabaran tunggal perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao juga berakhir selepas tewas kepada pemain China, Weng Hong Yang, 14-21,13-21 dalam masa 45 minit.



Source link

OR

Scroll to Top