Tang Jie–Ee Wei mara penuh debar ke suku akhir Terbuka Perancis

Tang Jie–Ee Wei mara penuh debar ke suku akhir Terbuka Perancis


Tang Jie–Ee Wei mara suku akhir Terbuka Perancis. Foto Agensi

BEREGU badminton campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei melangkah ke suku akhir Terbuka Perancis Super 750 selepas menundukkan pasangan Taiwan, Ye Hong Wei–Nicole Ganzales Chan dalam pertarungan sengit di Glaz Arena, Cesson-Sevigne pada Khamis.

Kemaraan juara dunia itu bagaimanapun bukan mudah apabila perlu mengharungi perlawanan tiga set yang penuh mendebarkan selama 63 minit.

Tampil dengan reputasi tinggi Tang Jie–Ee Wei bermula garang dengan kemenangan mendebarkan 22-20,pada set pertama.

Set kedua, Hong Wei–Nicole Ganzales kembali lebih mantap memanfaatkan kesilapan mudah lawan untuk menutup set kedua, 21-17 seterusnya mengheret aksi ke set penentuan.

Set ketiga kedua-dua pemain tampil meningkatkan intensiti pemburuan mata yang akhirnya menyaksikan pengalaman ternyata memihak Tang Jie–Ee Wei untuk kemenangan 22-20

Kemenangan itu membolehkan mereka, berdepan pasangan Hong Kong, Tang Chun Man–Tse Ying Suet, yang sebelum ini bangkit menewaskan gandingan Jepun, Yuichi Shimogami–Riko Gunji, 21-23, 21-10, 21-14.

Ringkasan AI

  • BEREGU badminton campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei melangkah ke suku akhir Terbuka Perancis Super 750
  • Mereka menundukkan pasangan Taiwan, Ye Hong Wei–Nicole Ganzales Chan dalam pertarungan sengit
  • Perlawanan memakan masa 63 minit dalam format tiga set
  • Tang Jie dan Ee Wei bermula kuat dengan kemenangan dalam set pertama tetapi pasangan Taiwan memenangi set kedua
  • Set ketiga dimenangi oleh Tang Jie dan Ee Wei, membolehkan mereka berdepan pasangan Hong Kong, Tang Chun Man–Tse Ying Suet di peringkat seterusnya



Source link

OR

Scroll to Top