Tang Jie-Ee Wei mara suku akhir Terbuka Australia

Tang Jie-Ee Wei mara suku akhir Terbuka Australia


Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir Terbuka Australia. FOTO: Agensi

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mempamerkan prestasi mantap untuk menempah slot suku akhir Terbuka Australia 2025 pada Khamis.

Gandingan ranking keempat dunia itu mempamerkan aksi bertenaga di Olympic Boulevard, Sydney untuk menundukkan Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh 21-16, 21-14 dalam hanya 30 minit.

Tang Jie–Ee Wei yang turun sebagai pilihan utama kejohanan berstatus Super 500 kini melebarkan rekod pertemuan 3-0 ke atas wakil Taiwan itu.

Pertemuan terakhir mereka menyaksikan Tang Jie–Ee Wei menang 21-19, 21-14 pada pusingan pertama Terbuka Jepun, Ogos lalu.

Turut mara ke suku akhir gandingan beregu lelaki profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Gandingan yang terkenal dengan panggilan Fei-Din dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemaraan selepas mengharungi tiga set mendebarkan.

Turun selaku pilihan kedua, gandingan itu menewaskan pasangan Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han, 21,23, 21-17, 21-10 dalam 59 minit.

Mengiringi Tang Jie-Ee Wei, Fei-Din ke suku akhir esok ialah beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menjinakkan gandingan Denmark, Christian Faust Kjaer-Rasmus Kjaer 21-11, 21-16 dalam tempoh 28 minit.

Menjelang suku akhir esok, Wei Chong-Kai Wun akan bertemu sama ada beregu Indonesia, Indra Raymond-Joaquin Nikolaus ataupun rakan sepasukan, Choong Hon Jian-Haikal Nazri.

Ringkasan AI

  • BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menempah slot suku akhir Terbuka Australia 2025
  • Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menundukkan Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh dalam masa 30 minit
  • Tang Jie dan Ee Wei memperluas rekod pertemuan menjadi 3-0 ke atas wakil Taiwan
  • Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani juga mara ke suku akhir selepas menang tiga set
  • Man Wei Chong-Tee Kai Wun ke suku akhir setelah mengalahkan Christian Faust Kjaer-Rasmus Kjaer



Source link

OR

Scroll to Top