Tang Jie-Ee Wei meluncur ke separuh akhir di Shenzhen

Tang Jie-Ee Wei meluncur ke separuh akhir di Shenzhen


Tang Jie-Ee Wei teruskan prestasi konsisten di Masters China pada Jumaat. Foto Socmed

BEREGU badminton campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan prestasi konsisten apabila mara ke separuh akhir Masters China 2025 di Shenzhen Arena pada Jumaat.

Pilihan ketiga kejohanan itu menempah tiket empat terbaik selepas menundukkan gandingan pilihan kelima dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dalam pertarungan tiga set sengit 21-12, 12-21, 21-17 yang berlangsung selama sejam.

Kejayaan ini menyaksikan pasangan juara dunia itu mengesahkan penampilan ketujuh di pentas separuh akhir musim ini, sekali gus mengekalkan rekod cemerlang menentang lawan sama selepas kali terakhir menewaskan mereka di Arctic Open 2023.

Tang Jie-Ee Wei bermula garang dengan kemenangan mudah di set pertama, namun berdepan kebangkitan hebat daripada Chun Man-Ying Suet pada set kedua sebelum kembali menguasai rentak permainan di set penentuan.

Kemenangan ini juga mengekalkan rekod tanpa kalah beregu negara itu menentang Chun Man-Ying Suet, kini mendahului 2-0 dalam pertemuan dua perlawanan sebelum ini.

Tang Jie-Ee Wei dijadualkan menentang wakil tuan rumah sama ada Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping atau Guo Xin Wa-Chen Fang Hui dalam aksi separuh akhir pada Sabtu.

 

 

Ringkasan AI

  • BEREGU badminton campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan prestasi konsisten apabila mara ke separuh akhir Masters China 2025 di Shenzhen Arena pada Jumaat
  • Pilihan ketiga kejohanan itu menempah tiket empat terbaik selepas menundukkan gandingan pilihan kelima dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dalam pertarungan tiga set sengit 21-12, 12-21, 21-17 yang berlangsung selama sejam
  • Kejayaan ini menyaksikan pasangan juara dunia itu mengesahkan penampilan ketujuh di pentas separuh akhir musim ini, sekali gus mengekalkan rekod cemerlang menentang lawan sama selepas kali terakhir menewaskan mereka di Arctic Open 2023
  • Tang Jie-Ee Wei bermula garang dengan kemenangan mudah di set pertama, namun berdepan kebangkitan hebat daripada Chun Man-Ying Suet pada set kedua sebelum kembali menguasai rentak permainan di set penentuan
  • Kemenangan ini juga mengekalkan rekod tanpa kalah beregu negara itu menentang Chun Man-Ying Suet, kini mendahului 2-0 dalam pertemuan dua perlawanan sebelum ini



Source link

OR

Scroll to Top