Tang Jie-Wen Tse Teruskan Cabaran Negara di Taiwan

Tang Jie-Wen Tse Teruskan Cabaran Negara di Taiwan


Tang Jie-Wen Tse meneruskan rentak positif di Terbuka Taiwan. Foto Agensi

GANDINGAN beregu campuran baharu negara, Chen Tang Jie-Chan Wen Tse, meneruskan rentak sensasi di Kejohanan Terbuka Taiwan Super 300 di Taipei Arena apabila mara ke peringkat separuh akhir pada Jumaat.

Tang Jie-Wen Tse mara selepas mengejutkan pasangan Indonesia yang berada di ranking ke-74 dunia, Bobby Setiabudi dan Melati Daeva Oktavianti, dalam kemenangan straight set 22-20, 21-10 pada aksi suku akhir yang berlangsung selama 28 minit.

Pada separuh akhir yang dijadual berlangsung Sabtu, mereka akan berdepan satu lagi pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah dan Felisha Pasaribu, yang menewaskan wakil tuan rumah, Ye Hong Wei dan Nicole Gonzales Chan.

Jafar-Felisha mencatat kemenangan straight set 21-16, 21-15 dalam masa 36 minit.

Untuk rekod, ini merupakan kejohanan pertama buat Tang Jie-Wen Tse sebagai gandingan di Terbuka Taiwan 2025.



Source link

OR

Scroll to Top