“Tangan Saya Menggigil, Sekurangnya Tunggu Harta Sepencarian Atau Bincang Elok-Elok”

“Tangan Saya Menggigil, Sekurangnya Tunggu Harta Sepencarian Atau Bincang Elok-Elok”


Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah meminta agar diberi ruang untuk ‘bernafas’ apabila melalui bermacam hal selepas disahkan bercerai.

Menerusi satu hantaran di Threads, Dr Fie berkata selepas bercerai dia berdepan hal dengan pembantu rumah serta mendakwa pembantu rumah mencium bibir anak lelakinya.

BACA: “Kejam Kamu Nubhan, Barang-Barang Saya Dicampak Didepan Rumah Ibu”

Luah Dr Fie lagi, selepas isu tersebut dia mendedahkan pelebagai barang termasuk barangan peribadi dikeluarkan dari rumah yang dia tinggal bersama anak-anak tanpa pengetahuannya.

Sementara itu, Dr Fie turut mempersoalkan adakah dirinya dijadikan konten serta mendakwa sengaja mencipta isu agar nama diperkatakan setiap minggu. 

Semalam, Dr Fie berkata dia kini berada di luar negara dan memaklumkan Nubhan telah mengeluarkan barang-barang di rumah serta mendakwa barang-barang dicampak di hadapan rumah ibunya.

Dalam satu perkongsian lain, Dr Fie turut memaklumkan tangannya menggigil ketika menaip hantaran berkenaan serta berharap pihak tersebut dapat bersabar untuk proses harta sepencarian.






Source link

OR

Scroll to Top