Tangisan iringi penemuan jasad jenazah kanak-kanak lemas

Tangisan iringi penemuan jasad jenazah kanak-kanak lemas



am@hmetro.com.my

Bachok: Seorang kanak-kanak maut selepas dipercayai lemas apabila tergelincir ke dalam tali air di Kampung Mujur, Jelawat, di sini, ketika memancing bersama abangnya pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Bashir Mohd Arman, 6, dipercayai bersama abangnya, Mohd Iman Baharin, 10, berbasikal ke lokasi itu kira-kira 500 meter dari rumah mereka, jam 9.10 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman berkata, ketika kejadian, abang mangsa melihat adiknya itu tergelincir ke dalam sungai dan cuba membantu, namun gagal.

“Abang mangsa balik ke rumah memberitahu ibu mereka bahawa mangsa lemas. Kakak mangsa kemudiannya menghubungi bapanya untuk ke lokasi.

“Mayat mangsa ditemukan empat jam selepas pencarian oleh bomba dan polis di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mayat kanak-kanak itu dibawa dibawa ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian, untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian apabila ahli keluarga kanak-kanak lelaki terbabit dilihat tidak dapat menahan sebak.

Mereka dilihat meratapi jenazah kanak-kanak malang itu sebaik sahaja mayatnya ditemukan pasukan penyelamat selepas pencarian selama empat jam.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top