“Tanpa Sedar Air Mata Boleh Menitik” – Ustazah Asma’ Sebak Baca Kebaikan Bung Moktar

“Tanpa Sedar Air Mata Boleh Menitik” – Ustazah Asma’ Sebak Baca Kebaikan Bung Moktar


Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar meninggalkan kesan cukup mendalam apabila ramai yang berkongsikan mengenai kebaikan arwah sepanjang hayatnya di media sosial.

Perkara itu turut menyentuh hati pendakwah selebriti, Ustazah Asma’ Harun dan tanpa sedar air matanya menitik membaca kebaikan yang dikongsikan.

BACA: Zizie Izette Akui Hilang Arah Selepas Pemergian Bung Moktar

“Makin sebak pula bila begitu ramai yang menulis dan berkongsi tentang kebaikan dan kemuliaan hati Allahyarham Bung Mukhtar. Boleh jadi kerana beliau begitu berbeza dengan apa yang dilihat dan dinilai.

“Tolak tepi soal politik, cuba baca setiap tangkap skrin di bawah, hati yang sukakan kebaikan pasti akan terusik, bila saya baca satu demi satu, tanpa sedar air mata pun boleh menitik,” katanya.

Sementara itu, Ustazah Asma’ turut mengajak orang ramai menjadikan pemergiannya untuk muhasabah diri serta berkongsi lima pengajaran penting yang menjadi teladan.






Source link

OR

Scroll to Top