Tarif Trump: China failkan saman terhadap AS

Tarif Trump: China failkan saman terhadap AS


Beijing: Kementerian Perdagangan China memaklumkan pada Jumaat bahawa negara itu telah memfailkan saman terhadap Amerika Syarikat (AS) menerusi mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) susulan langkah terbaharu Washington menaikkan tarif ke atas produk China, lapor Xinhua.

AS pada Khamis mengumumkan kenaikan lanjut apa yang digelar sebagai “tarif timbal balik” ke atas barangan keluaran China.

Menurut jurucakap kementerian itu, langkah tarif AS berkenaan merupakan tindakan buli dan paksaan secara unilateral yang jelas melanggar peraturan WTO selain menjejaskan sistem perdagangan multilateral berasaskan peraturan serta orde ekonomi dan perdagangan antarabangsa.

“China akan terus mempertahankan hak dan kepentingan sahnya serta bertegas mempertahankan sistem perdagangan multilateral dan orde ekonomi dan perdagangan antarabangsa,” katanya.

China turut menggesa AS supaya segera membetulkan tindakannya dan membatalkan semua langkah tarif unilateral yang dikenakan ke atas produk China, menurut jurucakap itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top