Tauke Tak Malu Niaga Tepi Jalan, Tak Sangka Kedai Lempeng RM1 Dapat Sambutan

Tauke Tak Malu Niaga Tepi Jalan, Tak Sangka Kedai Lempeng RM1 Dapat Sambutan

Tauke Tak Malu Niaga Tepi Jalan, Tak Sangka Kedai Lempeng RM1 Dapat Sambutan


Pelawak Tauke Jambu berkata dia tidak menyangka kedai lempeng yang dibuka di Pasir Penambang, Kuala Selangor mendapat sambutan luar biasa.

Memetik mStar Online, Tauke berkata idea spontan membuka kedai tersebut datang apabila dia teringatkan masakan ibunya ketika waktu kecil.

BACA: Nama Dipetik Kes Pelawak Disyaki Rog*l Gadis, Tauke Jambu Beri Respon

“Lempeng ini mudah je nak buat tapi sekarang orang ramai sibuk, tak sempat nak buat sendiri. Dari situ datang idea nak buka kedai. Tak sangka pula sambutan sangat luar biasa.

“Baru nak dekat sebulan berniaga. Alhamdulillah kedai sentiasa penuh sampai tak sempat nak rehat,” katanya.

Sementara itu, Tauke berkata dia mahu berniaga sambil beribadah dalam masa sama berkongsi rezeki dengan orang ramai. Tambahnya dia bukan mahu mengejar keuntungan tetapi untuk teruskan kehidupan.

“Untung ada tapi saya tak kejar banyak pun. Cukup untu saya teruskan hidup seadanya. Saya nak niaga sambil beribadah. Sekarang ini ramai yang terkesan dengan ekonomi, hujung bulan duit pun kadang-kadang tak cukup.

“Kalau bawa RM2 pun boleh kenyang makan lempeng dekat kedai saya. Bagi saya sebagai peniaga jangan terlalu ‘lambung’ harga. Kena ada bahagian untuk sedekah dalam setiap jualan,” katanya.

Dalam pada itu, Tauke berkata dia tidak kisah berniaga di tepi jalan asalkan pekerjaan tersebut halal dan mampu menampung kehidupan anak isteri.

“Dunia glamor ini sementara saja. Apa yang penting kita kena fikir nak bagi makan anak isteri, bukan kejar populariti,” katanya.

Sumber: mStar online






Source link

OR

Scroll to Top