Isteri kepada pelawak Mamat Sepah iaitu Nordiana Ibrahim membuat keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai anggota polis setelah dua dekad berkhidmat.
Memetik mStar Online, Nana berkata keputusan itu dibuat selepas dia berdepan masalah anxiety serta hilang minat selepas kejadian ditahan bagi membantu siasatan dakwaan penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di aplikasi Telegram tahun lalu.
BACA: Menyampuk Tak Kena Tempat, Syamsul Debat ‘Sound’ Mamat
“Saya dah kurang minat dengan kerjaya ini kerana sudah lama dalam pasukan dan macam-macam lagi yang saya lalui. Lebih buat saya tawar hati apabila kes saya kena tangkap dengan suami.
“Saya juga ada masalah anxiety. Mungkin sebab terlalu penat, lebih-lebih lagi dengar masalah orang hingga buat saya tertekan,” katanya.
Sementara itu, Nana berkata hidupnya kini lebih tenang dan gembira selepas tidak lagi terikat dengan tugasan sebagai anggota polis.
“Saya sekarang lebih gembira kerana sudah tiada beban. Sebelum ini fikir kerja saja sekarang dah bebas Alhamdulillah,” katanya.
Dalam pada itu, Mamat berkata Nana sudah lama meminta untuk bersara tambahan pula dia bimbang melihat isterinya perlu bertugas pada waktu malam terutamanya selepas beberapa insiden serangan di balai polis sebelum ini.
Tambahya lagi, pada awalnya dia berat hati untuk merelakan keputusan berkenaan namun dia percaya sudah tiba masanya untk isterinya berehat.
“Dia sebenarnya dah lama minta nak bersara kira-kira tiga tahun lalu. Tapi saya kata sayang sebab impian saya nak jadi polis tapi tak dapat. Ada isteri polis pun okaylah.
“Bagi saya ini waktu dia berehat kerana salah satu punca saya minta dia berhenti kerana tak sanggup tengok dia kerja malam.
“Bukan itu saja, ada kejadian balai polis diserang waktu malam itu pun jadi punca saya tak mahu dia kerja malam. Saya takut dan rasa tak adil dia kena kerja malam,” katanya.
Sumber: mStar Online