Sebelum ini hangat diperkatakan apabila ramai memuat naik mengenai tayangan filem Konspirasi dihentkan serta merta bermula Khamis.
Malah, penerbit filem berkenaan juga memaklumkan tidak tahu punca sebenar filem itu dihentikan tayangan selepas ianya mula ditayangkan di pawagam pada 21 Mei lalu.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengesahkan penamatan tayangan filem Konspirasi di seluruh pawagam negara dibuat atas permintaan penerbit sendiri.
Menerusi satu kenyataan, FINAS pihaknya menerima pengesahan berhubung perkara itu daripada Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) serta Media Prima Berhad selaku pengedar filem itu,
Menurut FINAS, pihak penerbit filem tersebut iaitu Elepfilm Entertainment Sdn. Bhd. telah meminta supaya tayangan Konspirasi dihentikan bermula Khamis.
“Semakan FINAS bersama pengedar dan pempamer filem mendapati penamatan tayangan tersebut adalah atas permintaan penerbit sendiri dan tidak melibatkan sebarang arahan daripada mana-mana pihak,” dalam kenyataan itu.
Filem arahan Ghaz Abu Bakar itu berkisarkan anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdepan misi berisiko tinggi dalam membanteras jaringan rasuah dan kebocoran maklumat sulit.
Sumber: Astro Awani






