Tayar rosak punca nahas treler bawa muatan bahan kimia

Tayar rosak punca nahas treler bawa muatan bahan kimia


am@hmetro.com.my

Iskandar Puteri : Treler membawa muatan bahan kimia yang terjatuh ke dalam laut dilaporkan sedang berhenti di bahagian kiri jalan akibat kerosakan tayar sebelum dilanggar treler lain.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kedua-dua pemandu treler yang terbabit dalam kejadian di Jambatan Link Kedua, Kilometer 0.8, Lebuhraya Plus arah utara itu cedera ringan.

“Hasil siasatan awal mendapati, terdapat treler yang membawa muatan isotank parkir di bahagian kiri jalan kerana mengalami kerosakan di bahagian tayar.

“Datang sebuah lagi treler dari arah belakang melanggar bahagian belakang sebelah kanan sehingga menyebabkan treler tadi terbabas dan isotank yang dibawa terjatuh ke dalam laut,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya masih menjalankan siasatan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top