Tekad Hakim Danish

Tekad Hakim Danish


Hakim Danish. Foto: ZK Racing

PELUMBA muda sensasi negara, Hakim Danish Ramli berazam untuk menamatkan kempen Red Bull Rookies Cup musim ini dengan bergelar juara sebelum melangkah ke pentas lebih tinggi dalam Kejuaraan Dunia Moto3 musim depan.

Lebih manis, pelumba berusia 18 tahun kelahiran Terengganu itu kini berada di kedudukan terbaik untuk mencipta sejarah sebagai pelumba negara pertama memenangi kejohanan berprestij itu, selepas mendahului carta keseluruhan dengan kutipan 154 mata.

Menurut Hakim Danish, kejayaan menjuarai Red Bull Rookies Cup akan menjadi detik paling bermakna dalam karier permotorannya setakat ini.

“Sejujurnya, ia akan menjadi sesuatu yang sangat bermakna sekiranya saya berjaya menjuarai Red Bull Rookies Cup.

“Ini kerana semua pelumba muda terbaik dunia bersaing dalam kejohanan ini. Malah, untuk menjadi sebahagian daripadanya pun sudah satu penghormatan buat saya.

“Dapat berlumba dengan mereka dan muncul juara akan menjadi satu kenangan yang tidak akan saya lupakan sepanjang karier.

“Saya akan berikan sepenuh komitmen untuk meraih gelaran ini. Saya yakin mampu mengekalkan prestasi konsisten dan menamatkan musim ini dengan cara terbaik,” katanya.

Selain beraksi dalam Red Bull Rookies Cup, Hakim Danish turut bersaing dalam Kejuaraan Dunia FIM JuniorGP, dan kini menghuni tangga ketujuh keseluruhan dengan 51 mata.



Source link

OR

Scroll to Top