Tekanan tinggi, tapi Newcastle perlu tenang

Tekanan tinggi, tapi Newcastle perlu tenang

Tekanan tinggi, tapi Newcastle perlu tenang


Perlawanan antara Newcastle United dan Crystal Palace esok mungkin tidak mendapat sorotan sebesar aksi gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), namun di sinilah sebenarnya letak ‘jiwa’ bola sepak sebenar.

Ini bukan perlawanan yang sarat glamor, tetapi cukup dengan elemen yang membuatkan penonton duduk rapat di depan skrin, intensiti, taktikal dan kesilapan kecil yang mampu mengubah segalanya.

Newcastle ketika ini bukan lagi pasukan yang sekadar bergantung kepada sokongan padu penyokong malah tonggak yang sedang berada pada prestasi terbaik seperti Anthony Gordon, Harvey Barnes dan Guimaraes.

Di bawah kendalian Eddie Howe, mereka sudah berkembang menjadi sebuah unit yang lebih matang dan tersusun.

Corak permainan berintensiti tinggi, tekanan tanpa henti serta pergerakan pantas dari tengah ke hadapan menjadikan mereka ancaman konsisten.

Namun, di sebalik semua itu, ada satu cabaran utama yang sering menghantui pasukan seperti Newcastle, kesabaran.

Di sinilah Crystal Palace memainkan peranan sebagai ‘pengacau senyap’.

Palace bukan jenis pasukan yang akan mendominasi permainan, tetapi mereka cukup berbahaya dalam diam.

Mereka selesa menunggu, menyerap tekanan dan kemudian menyerang balas dengan pantas.

Dalam banyak keadaan, mereka tidak perlukan banyak peluang, cukup satu ruang kecil, dan mereka mampu menghukum.

Pendek kata, ini adalah pertembungan dua falsafah.

Newcastle mahu mengawal permainan dan Crystal Palace pula menunggu untuk merosakkan kawalan itu.

Jika Newcastle terlalu ghairah menekan, ruang akan terbuka, dan di situlah Palace akan masuk.

Jika Palace terlalu lama bertahan tanpa keluar menyerang, mereka berisiko dihimpit tanpa henti.

Jadi, kunci sebenar perlawanan ini pada kekuatan fizikal semata-mata, tetapi kepada disiplin dan kebijaksanaan membaca detik permainan.

Bagi penulis, kelebihan masih memihak kepada Newcastle, walaupun beraksi di Selhurst Park dan momentum semasa memberi sedikit kelebihan.

Namun, ini bukan perlawanan yang boleh dimenangi hanya berdasarkan reputasi.

Crystal Palace sudah banyak kali membuktikan bahawa mereka mampu mencuri mata di saat tidak dijangka.

Akhirnya, seperti kebanyakan perlawanan EPL, ia mungkin ditentukan oleh satu detik, satu kesilapan, satu percubaan, atau satu keputusan berani.

Dan di situlah bezanya antara tiga mata atau pulang dengan rasa terkilan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top