Tembok keselamatan: Langkah positif banteras jenayah rentas sempadan – Ketua Polis Narathiwat

Tembok keselamatan: Langkah positif banteras jenayah rentas sempadan – Ketua Polis Narathiwat

Tembok keselamatan: Langkah positif banteras jenayah rentas sempadan – Ketua Polis Narathiwat


am@hmetro.com.my

Narathiwat: Rancangan kerajaan Malaysia untuk membina tembok keselamatan di sepanjang sempadan Thailand-Malaysia akan membantu mengurangkan aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan senjata api dan dadah.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Prayong Kotsakha berkata, pembinaan tembok keselamatan itu yang dijangka menelan kos kira-kira RM1.5 bilion, adalah langkah positif dalam membanteras aktiviti terbabit.

Katanya, polis Thailand, khususnya di wilayah Narathiwat, akan menyokong penuh pelaksanaan itu kerana ia akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara dari segi keselamatan dan kesejahteraan awam.

“Pembinaan tembok keselamatan ini akan membantu meningkatkan keberkesanan usaha membanteras jenayah rentas sempadan.

“Inisiatif ini akan membantu mengekang penyeludupan senjata api, dadah, dan barang kawalan yang sering berlaku di sepanjang sempadan kedua-dua negara,” katanya.

Katanya, tembok itu juga akan membolehkan pencegahan pencerobohan sempadan secara haram yang lebih berkesan berbanding situasi semasa.

Prayong berkata, tembok yang dicadangkan itu mungkin akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada penduduk sempadan di kedua-dua belah pihak, memandangkan ramai antara mereka mempunyai hubungan kekeluargaan.

“Kami berharap penduduk sempadan akan menghormati undang-undang dan menggunakan pusat pemeriksaan yang betul untuk pergerakan rentas sempadan.

“Kami sedar polis Malaysia, terutama di Kelantan, proaktif menutup pangkalan haram yang sebelum ini digunakan oleh penduduk tempatan untuk menyeberang antara kedua-dua negara.

“Polis Thailand juga tidak menolak kemungkinan sesetengah mereka yang menggunakan laluan ini adalah penjenayah dari kedua-dua belah pihak,” katanya.

Katanya, operasi bersama dan kerjasama antara pasukan polis kedua-dua negara akan diperkukuhkan lagi melalui mesyuarat dua hala yang kerap.

“Penyelarasan rapat antara pihak berkuasa Thailand dan Malaysia adalah penting untuk memastikan pembinaan dan pengurusan tembok keselamatan itu tidak mengganggu hubungan baik dalam komuniti tempatan,” katanya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat baru-baru ini berkata, kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan RM1.5 bilion untuk pembinaan tembok sempadan di sepanjang sempadan Kelantan-Thailand.

Katanya, perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top