Pelakon Rozita Che Wan berkongsikan mengenai perkembangan terkini majlis perkahwinan anak sulungnya yang bakal berlangsung pada 26 Jun nanti.
Menerusi temu bual bersama Majalah Nona, Che Ta berkata dia akan mula melakukan persiapan perkahwinan anaknya, Ammar Affendy selepas raya.
BACA:12 Tahun Perkahwinan, Che Ta Sifatkan Zain Saidin Suami Yang Menyenangkan
“26 Jun ini, selepas raya. Sekarang saya sibuk dengan persiapan koleksi baru untuk Raya. Lepas raya baru saya akan ‘all-out’ untuk persiapan perkahwinan Ammar,” katanya.
Sementara itu, Che Ta menyifatkan bakal menantunya dikenalai sebagai Auni seorang yang pendiam dan baginya terpulang pada bakal menantunya sama ada mahu bekerja atau tidak.
“Ammar ada cakap mungkin dia (Auni) nak berhenti kerja lepas kahwin. Bagi saya, terpulanglah. Tempat isteri di sisi suami. Kalau nak kerja boleh, tak nak pun tak ada masalah,” katanya.
Sumber: Nona






