Ten Hag datang lagi

Ten Hag datang lagi


BEKAS pengendali Manchester United, Erik ten Hag dijangka berkemungkinan besar kembali semula memeriahkan arena bola sepak dalam masa terdekat.

Biarpun begitu kehadiran semula kelibat bekas pengendali kelab liga Belanda, Ajax Amsterdam itu bergantung kepada keputusan pasukan Liga Juara-Juara minggu ini.

Pengendali kelahiran Belanda itu sebelum ini dipecat gergasi Liga Perdana Inggeris pada Oktober lalu selepas mengharungi kempen paling hambar dalam saingan musim ini.

Biarpun ten Hag membawa United menjuarai Piala Liga dan Piala FA dalam dua musim pertamanya, namun dia menerima kritikan apabila United kurang konsisten selain berbelanja besar untuk pemain berprestasi rendah.

Namun kini nasibnya dijangka berubah apabila dikaitkan dengan sebuah lagi gergasi bola sepak yang terumbang-ambing dalam saingan domestik dan Eropah musim ini.

Kelab yang mempunyai pengaruh besar di pentas Eropah kini bergelut dengan prestasi apabila menghuni tangga ke-10 dengan kekalahan ketujuh selepas mengharungi 18 perlawanan liga – tujuh menang, empat seri.

Bagi saingan Liga Juara-Juara pula kelab tersebut berada di kedudukan kesembilan dalam kalangan 32 pasukan sedang dalam bersiap untuk fasa kalah mati yang perlu dimenangi dalam perlawanan awal pagi Rabu ini.

Peluang untuk pengendali berusia 54 tahun yang mencipta magis bersama Ajax apabila menjadikan gergasi Belanda itu antara kelab paling berjaya sepanjang berada di Johan Cruyff Arena beberapa tahun kebelakangan ini.

LIGA JUARA-JUARA

RABU (22 JANUARI)

AS Monaco lwn Aston Villa, 1.45 pagi

Atalanta lwn SK Sturm Graz, 1.45 pagi

Atletico de Madrid lwn Bayer Leverkusen, 4 pagi

Benfica lwn Barcelona, 4 pagi

Red Star Belgrade lwn PSV Eindhoven, 4 pagi

Liverpool lwn Lille, 4 pagi

Club Brugge lwn Juventus, 4 pagi

SK Slovan Bratislava lwn VfB Stuttgart, 4 pagi

Bologna lwn Borussia Dortmund, 4 pagi



Source link

OR

Scroll to Top