‘Tenang, semua belum berakhir’

‘Tenang, semua belum berakhir’


Mourinho (kanan) dan Ferguson semasa perlawanan pertama Pusingan 16 Liga Europa di Stadium Sukru Saracoglu.

PENGENDALI Fenerbahce, Jose Mourinho, melontarkan pujian bercampur amaran kepada Rangers selepas kelabnya tewas di laman sendiri pada aksi pertama pusingan 16 Liga Europa di Stadium Ulker, Fenerbahce.

Mourinho mengakui wakil Scotland bermain dengan pragmatik, namun mengingatkan anak buah Barry Ferguson agar tidak terlalu awal meraikan kemenangan ke atas kelab Turkiye itu.

“Ya,pragmatik, mereka bertahan, mereka bermain serangan balas. Setiap kali penjaga gol mereka, Jack Butland, memegang bola, dia mengambil masa bukan enam atau lapan saat, tetapi 30 saat.

“Setiap kali dia memegang bola di tangannya, ada 20 pemain mereka yang cedera.

“Ya, sesungguhnya mereka pragmatik, seperti yang saya jangkakan. Mereka kompetitif dan layak meraih kemenangan di sini,” ujar Mourinho.

Namun, Mourinho tidak mahu Rangers terlalu teruja dalam meraikan kegembiraan hasil kemenangan 3-1 ke atas kelab kendaliannya tersebut.

“Satu-satunya perkara yang ingin saya katakan kepada mereka ialah jangan terlalu gembira meraikan kemenangan kerana masih ada perlawanan kedua.

“Itulah nasihat saya. Jika pada akhir perlawanan kedua mereka meraikan kemenangan, saya akan mengucapkan tahniah kepada mereka. Tetapi sekarang bertenang, kerana ia belum berakhir,” tegasnya.

Mourinho jelas melihat taktik Rangers sebagai taktik yang berjaya, namun percaya Fenerbahce masih mempunyai peluang untuk menterbalikkan keadaan di perlawanan kedua di Stadium Ibrox pada 14 Mac depan.

“Kami masih berpeluang dengan syarat pemain berdisiplin, fokus dan berjuang sehingga minit terakhir,”katanya.

Perlawanan di Stadium Şükrü Saracoğlu, gol pasukan pelawat dijelmakan Cyriel Dessers (m-6), Václav Černý (m-42, m-81) manakala tuan rumah menrapatkan kedudukan menerusi Alexander Djiku (m-30).



Source link

OR

Scroll to Top