Tengku Zafrul titip 3 pesanan terakhir sebelum tinggalkan MITI – “Jangan rasuah, salah guna kuasa”

Tengku Zafrul titip 3 pesanan terakhir sebelum tinggalkan MITI – “Jangan rasuah, salah guna kuasa”


Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menitipkan pesanan terakhir buat seluruh warga kementerian itu sebelum menamatkan tugasnya selepas tiga tahun menerajui MITI.

Kata Tengku Zafrul, walaupun sebak untuk meninggalkan MITI, namun beliau tetap bangga dengan pencapaian bersama pasukan di bawah pentadbirannya.

Pesanan terakhir

Pesanan terakhir

“Sebelum saya melangkah, izinkan saya berkongsi tiga pesanan penting untuk pegangan kita.  Pertama, sentiasa berikan khidmat yang terbaik untuk negara dan rakyat, kerana tanggungjawab penjawat awam itu amat penting.
“Kedua, always support one another and be proud of your work — be your own cheerleader dan kuatkan semangat kerja berpasukan.
“Ketiga, integrity is non-negotiable! Sentiasa katakan ‘TIDAK’ kepada salah guna kuasa dan rasuah, kerana integriti mengambil masa bertahun untuk dibina, tetapi hanya beberapa minit untuk dimusnahkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Artikel lain: Tengku Zafrul akui sudah jumpa PM Anwar – “Saya bersedia teruskan khidmat bantu kerajaan”

Pesanan terakhir

Dalam pada itu, beliau turut menitipkan nasihat kepada warga MITI untuk menjaga nama baik kementerian dan menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan mereka selama ini terhadapnya.

“Ingatlah, kejayaan MITI bukan kerana siapa yang menjadi Menteri, tetapi adalah usaha semua warga MITI dan agensi yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.
“Terima kasih atas sokongan penuh yang tidak berbelah bahagi!” ujarnya.

Menurut Bernama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Tengku Zafrul  yang akan menamatkan tugas sebagai Menteri MITI berkuat kuasa pada 2 Disember, akan diberikan jawatan baharu.

Perkara itu akan diumumkan beliau pada 3 Disember susulan perbincangan beliau dengan Tengku Zafrul mengenai kesinambungan tanggungjawab selepas tidak lagi menerajui MITI.

Sumber: Facebook @Tengku Zafrul





Source link

OR

Scroll to Top