Tentera Iran gesa penduduk, pekerja kosongkan pelabuhan utama UAE

Tentera Iran gesa penduduk, pekerja kosongkan pelabuhan utama UAE

Tentera Iran gesa penduduk, pekerja kosongkan pelabuhan utama UAE


Istanbul: Angkatan tentera Iran pada Sabtu menggesa penduduk dan pekerja supaya menjauhkan diri dari beberapa pelabuhan utama di UAE di tengah-tengah ketegangan serantau yang semakin meningkat, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media Iran.

Dalam satu notis, pasukan tentera itu menggesa orang ramai supaya segera mengosongkan kawasan di sekitar Pelabuhan Jebel Ali, Pelabuhan Khalifa, dan Pelabuhan Fujairah, menurut agensi berita Fars.

Notis itu mendakwa bahawa lokasi berkenaan telah menjadi “sasaran sah” disebabkan kehadiran pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) di dalam kemudahan awam di kawasan terbabit, sambil menambah bahawa pelabuhan tersebut “boleh disasarkan dalam masa beberapa jam lagi.”

Ia menggesa rakyat, penduduk, pekerja pelabuhan dan orang ramai di sekitar kemudahan itu supaya meninggalkan kawasan tersebut secepat mungkin demi keselamatan mereka.

Sejak Israel dan AS melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Februari, yang mengorbankan lebih 1,200 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ayatollah Ali Khamenei, permusuhan semakin memuncak.

Iran telah bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq, dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top