Terbuka Berlakon Bersama, Ikmal Amry Akui Saling Berbalas DM Dengan Jefri Nichol – “Dia Seronok Tengok Reaksi Netizen”

Terbuka Berlakon Bersama, Ikmal Amry Akui Saling Berbalas DM Dengan Jefri Nichol – “Dia Seronok Tengok Reaksi Netizen”


Pelakon, Ikmal Amry mendedahkan dia sudah berhubung dengan aktor terkenal Indonesia, Jefri Nichol menerusi mesej peribadi di platform Threads susulan perbandingan yang sering dibuat netizen antara mereka.

Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali berkata, hubungan itu membuka ruang kepada persefahaman lebih baik, sekali gus menamatkan segala persoalan yang timbul sebelum ini.

“Saya dah ‘closure’ dengan dia, dah DM juga di Threads. Dia ‘fun’ baca apa pun komen sebab saya rasa dia dah biasa menerima kecaman.

“Dia ‘happy’ baca reaksi daripada netizen kita. Saya pun ‘happy’ baca, tapi jangan sampai kutuk dia,” katanya.

Menurut aktor drama Khianat Yang Terpilih itu, perbandingan antara mereka sebenarnya sudah lama berlaku sejak dia berusia 20-an, namun tiada sebarang interaksi sebelum ini.

“Saya dibandingkan dengan dia dari umur saya 20-an. Saya rasa dia pun dah lama perasan cuma tak ada interaksi. Ini pertama kali kami berinteraksi.

“Dia panggil saya abang,” katanya berseloroh.

Ikmal berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tarung yang berlangsung di Banglo 289, di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ikmal berkata perbualan mereka lebih kepada berkongsi pandangan selain saling menyokong di media sosial.

“Kami hanya berkongsi pandangan saja di Threads. Saya pun ada ‘backup’ dia juga di media sosial. Dia pun ada cakap terima kasih. Semua okay saja,” katanya.

Dalam pada itu, Ikmal tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan pelakon filem Ali Topan itu sekiranya diberi peluang pada masa depan.

“Itu antara doa saya juga. Saya nak kembangkan nama saya ke arah lebih jauh, ke seberang mungkin.

“Tapi kalau ini adalah laluan dia, saya rasa ini antara peluang terbaik untuk saya ambil,” katanya.

Sebelum ini, Ikmal berharap orang ramai menghentikan perbandingan berbaur negatif terhadap dirinya dan Jefri termasuk melabelnya sebagai ‘red flag’.

Menurut Ikmal, tanggapan tersebut tidak tepat memandangkan Jefri memiliki keperibadian baik seperti yang sering dikongsikan rakan-rakan terdekat aktor berkenaan.

Artikel Berkaitan: “Janganlah Mudah Label Orang Redflag, Kenal Orang Tu Baru Boleh Judge” – Ikmal Amry Pertahan Jefri Nichol, Minta ‘Stop’ Budaya Suka Bandingkan Orang



Source link

OR

Scroll to Top