Terbuka China: Yew Sin-Ee Yi mudah ke suku akhir

Terbuka China: Yew Sin-Ee Yi mudah ke suku akhir


KUALA LUMPUR – Pasangan beregu profesional lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melangkah ke suku akhir Terbuka China 2024 hari ini.

Pada pusingan kedua kejohanan berlangsung di Gimnasium Xincheng, Changzhou, Yew Sin-Ee Yi yang berada di ranking ke-23 dunia tidak berdepan masalah mencatat kemenangan mudah ke atas beregu Taiwan Lee Fang Chih-Lee Fang Jen 21-19, 21-14 dalam tempoh 35 minit.

Ia sekali gus merupakan kemenangan ketiga buat Yew Sin-Ee Yii apabila pernah menewaskan pasangan itu pada dua pertemuan di pentas suku akhir tahun lepas.

Menanti Yew Sin-Ee Yi di pusingan suku akhir esok ialah pemenang aksi melibatkan pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto atau Andreas Søndergaard-Jesper Toft dari Denmark.

Turut mengikut jejak langkah mereka, beregu lelaki negara yang baharu sahaja bergerak secara profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani setelah menewaskan rakan senegara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King 21-14, 25-23, sekali gus dijadual bertemu satu lagi pasangan negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang terdahulu menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae.

Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pula menewaskan Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran dari Thailand 21-16, 21-12 untuk menempah pertemuan dengan wakil tuan rumah Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin di suku akhir. – Bernama



Source link

OR

Scroll to Top