Terbuka Indonesia: Tang Jie-Ee Wei berhempas pulas sebelum mara

Terbuka Indonesia: Tang Jie-Ee Wei berhempas pulas sebelum mara


Tang Jie (kiri) dan Ee Wei mara ke pusingan kedua Terbuka Indonesia selepas menumpaskan pasangan India di Jakarta pada Rabu. Foto Agensi

TIADA jalan mudah buat beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei apabila dipaksa bekerja keras sebelum mara ke pusingan kedua Terbuka Indonesia sebentar tadi.

Pasangan, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto memberi tentangan sengit ke atas gandingan nombor empat dunia itu sehingga mengheret saingan ke set penentuan.

Tang Jie-Ee Wei bermula baik apabila dilihat mudah mengatasi pasangan India berkedudukan ke-17 dunia itu 21-11 pada set pertama.

Namun Dhruv-Tanisha bangkit mengikat kedudukan 1-1 dalam saingan kedua 21-16 untuk melanjutkan permainan ke set penentuan.

Mujur pasangan negara segera mengemaskan corak permainan untuk mengesahkan kemenangan 21-14 dalam masa 59 minit di Istora Senayan, Jakarta.

Mereka bakal berdepan cabaran pemenang antara wakil Denmark ke-23 dunia, Mads Vestergaard-Christine Busch atau pasangan nombor 44 dunia, S. Ashith-P. Amrutha dari India dalam pusingan kedua pada Khamis.



Source link

OR

Scroll to Top