Terbuka Jepun: Langkah Wei Chong-Kai Wun terhenti di suku akhir

Terbuka Jepun: Langkah Wei Chong-Kai Wun terhenti di suku akhir


Cabaran Wei Chong-Kai Wun disekat Seung-jae-Won-ho di suku akhir Terbuka Jepun Super 750 pada Jumaat.

IMPIAN beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk mencipta kejutan besar di Terbuka Jepun lebur di pentas suku akhir pada Jumaat.

Cabaran Wei Chong-Kai Wun terhenti apabila tewas kepada pasangan pilihan ketiga dunia dari Korea Selatan, Seo Seung-jae-Kim Won-ho.

Gandingan negara yang turut diletakkan sebagai pilihan keenam kejohanan Super 750 itu mempamerkan tentangan hebat, namun akhirnya kecundang dalam pertarungan sengit tiga set dengan keputusan 13-21, 21-18, 13-21.

Perlawanan yang berlangsung selama 55 minit di Gimnasium Metropolitan Tokyo itu menyaksikan kedua-dua pasangan saling berbalas serangan, namun konsistensi beregu Korea menjadi penentu.

Sebagai rekod, ini kekalahan kedua berturut-turut buat Wei Chong-Kai Wun kepada Seung-jae- Won-ho selepas turut tewas kepada mereka pada pusingan awal Orleans Masters pada Mac lalu.



Source link

OR

Scroll to Top