Terbuka Jepun: Tang Jie-Ee Wei mara separuh akhir

Terbuka Jepun: Tang Jie-Ee Wei mara separuh akhir

Terbuka Jepun: Tang Jie-Ee Wei mara separuh akhir


Tang Jie-Ee Wei mara separuh akhir Terbuka Jepun Super 750. Foto Giarc Nibisna

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memulakan kempen suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2025 dengan langkah kanan apabila menewaskan pasangan tuan rumah, Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara pada Jumaat.

Pasangan pilihan keempat kejohanan itu mencatat kemenangan meyakinkan 21-14, 21-12 ke atas Shimogami-Hobara di Gelanggang 1, Gimnasium Metropolitan Tokyo, Shibuya.

Kemenangan ke atas beregu campuran nombor 24 dunia dalam masa 32 minit itu membolehkan Tang Jie-Ee Wei menempah tiket ke separuh akhir keempat kejuaraan berstatus Super 750 musim ini.

Tang Jie-Ee Wei sebelum itu bangkit bergaya ke suku akhir selepas permulaan goyah ketika menewaskan beregu nombor 14 dunia dari Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu, 17-21, 21-16, 21-12.



Source link

OR

Scroll to Top