Terbuka Perancis: Dua wakil negara mara, beregu wanita tewas aksi tiga set

Terbuka Perancis: Dua wakil negara mara, beregu wanita tewas aksi tiga set


Roy King (kiri) -Wan Arif mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis Super 750 pada Rabu. Foto BAM

DUA wakil beregu negara memulakan kempen Kejohanan Badminton Terbuka Perancis Super 750 dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan pada pusingan pertama di Glaz Arena, Cesson-Sévigné pada Rabu.

Beregu lelaki negara, Wan Arif Junaidi–Yap Roy King, yang menghuni ranking ke-19 dunia, menewaskan pasangan tuan rumah Eloi Adam–Leo Rossi 21-19, 21-17 dalam pertarungan sengit selama 48 minit.

Kemenangan itu sekali gus melebarkan rekod kemenangan kepada 2-0 ke atas gandingan Perancis yang berada di ranking ke-36 dunia berkenaan untuk berdepan wakil China, Xie Haonan-Zeng Weihan yang menewaskan rakan senegara Liang Weikeng-Wang Chang, 21-17, 21-17.

Beregu campuran, Goh Soon Huat–Shevon Lai turut melangkah ke pusingan kedua berdepan pasangan Scotland, Alexander Dunn-Julie MacPherson yang menjinakkan wakil Korea Selatan, Lee Jong-min-Chae Yoo-jung, 14-21, 21-12, 21-16.

Soon Huat–Shevon bagaimanapun dipaksa bermain tiga set sebelum dapat melepasi pasangan Indonesia, Amri Syahnawi–Nita Violina Marwah, 15-21, 21-17, 21-17 dalam aksi hampir sejam.

Kemenangan itu menyaksikan pasangan negara tersebut mengekalkan rekod tanpa kalah 2-0 ke atas lawan dari Indonesia itu.

Bagaimanapun tuah tidak berpihak kepada beregu wanita Ong Xin Yee–Carmen Ting, apabila mereka tersingkir selepas tunduk kepada wakil tuan rumah, Margot Lambert–Camille Pognante.

Xin Yee–Carmen bermula garang set pertama gagal mengekang kebangkitan Lambert–Pognante, 21-16, 14-21, 17-21 dalam pertarungan selama sejam enam minit.

Ringkasan AI

  • Dua wakil beregu negara melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Perancis Super 750
  • Beregu lelaki negara, Wan Arif Junaidi–Yap Roy King menewaskan pasangan tuan rumah Perancis dalam pertarungan 48 minit
  • Kemenangan beregu lelaki tersebut melebarkan rekod kemenangan kepada 2-0 ke atas gandingan Perancis
  • Beregu campuran, Goh Soon Huat–Shevon Lai juga melangkah ke pusingan kedua setelah mengalahkan pasangan dari Indonesia
  • Beregu wanita negara, Ong Xin Yee–Carmen Ting tersingkir setelah tunduk kepada wakil tuan rumah Perancis



Source link

OR

Scroll to Top