Tergamak buang bayi lelaki di pantai

Tergamak buang bayi lelaki di pantai



am@hmetro.com.my

Dungun: Ada individu tergamak membuang bayi yang baru lahir di kawasan saliran air berhampiran Pantai Paka di sini, pada 14 Oktober lalu.

Susulan itu Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah (JKM) Dungun, berusaha mencari waris bayi lelaki berkenaan.

Pegawai PKMD Dungun, Che Wan Hamizah Che Wan Mohamad Zain berkata, tiada sebarang dokumen ditemui bersama bayi terbabit.

Menurutnya, bayi seberat 2.1 kilogram terbabit dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut sejurus ditemui.

“Bayi itu berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang penyakit serta kecederaan ketika ditemui.

“Mahkamah Majistret Dungun pada 5 November lalu membenarkan bayi terbabit diletakkan di bawah penjagaan selamat di bawah tanggungjawab JKM,” katanya.

Katanya, pihaknya memohon waris atau individu yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu bagi tujuan mengesan waris bayi terbabit.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat bolehlah menghubungi Pelindung Kanak-Kanak JKM daerah Dungun, Mohamad Noor Yusoh di talian 09-8481205,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan bayi terbabit ditemui seorang pemandu lori, Mohd Zoo Abdul Rahman, 44, dalam sebuah beg dan dialas dengan sehelai kain ketika dia berhenti rehat di kawasan pantai terbabit kira-kira jam 2.30 petang.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top