Terima hadiah hari jadi, Cik B nak ‘kenenkan’ Fazley Yaakob dengan DSV – “Mak saya Chinese look”

Terima hadiah hari jadi, Cik B nak ‘kenenkan’ Fazley Yaakob dengan DSV – “Mak saya Chinese look”


Anak kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen apabila menerima kejutan istimewa daripada cef selebriti, Fazley Yaakob sempena ulang tahun kelahirannya.

Mak saya Chinese look

Menerusi perkongsian di TikTok, memperlihatkan Fazley bersama anaknya, Fariedz, menyanyikan lagu hari jadi sebelum menghadiahkan kek serta sebuah permainan nostalgia kepada Cik B.

“Dida (Fazley) buatkan kek batik dan nak bagi hadiah.
“Cik B boleh beli segala dalam dunia tapi apa yang Dida nak bagi adalah kenangan (sambil hulur permainan game),” kata Fazley.

Dalam pada itu,  Cik B tampil meluahkan rasa terima kasih atas pemberian tersebut sebelum membuat Fazley sedikit terkejut dengan pertanyaannya.

“Terima kasih Dida, Cik B akan main selalu. Dida, saya nak tanya. Dida kan cari (wanita idaman) yang ‘Chinese look’ dan tak berapa kurus kan? Mak saya (Datuk Seri Vida) ‘Chinese look’ dan boleh berbahasa cina sekali.
“Lepas itu tak berapa kurus dan sangat organize. Saya rasa apa yang Dida describe itu semua macam mak saya,” seloroh Cik B.

Sementara itu, Cik B turut secara berseloroh menyatakan hasrat untuk menjodohkan ibunya, Datuk Seri Vida, dengan Fazley Yaakob berdasarkan ciri-ciri wanita idaman yang pernah dikongsikan cef selebriti itu, sekali gus mengundang gelak tawa ramai.

Artikel lain: Tak izin berbaik semula, Cik B marah Iqbal Zulkefli tegur DSV – “Dengar nama dia pun dah serabut!”

Terdahulu, Fazley mencuri perhatian apabila mengakui masih mencari wanita idaman seperti yang pernah disebutkannya sebelum ini.

Antara ciri yang diinginkan adalah wanita berimej ‘Chinese look’ dan tidak terlalu kurus. Malah, Fazley turut mendedahkan dia menerima banyak mesej daripada wanita yang berminat selepas berkongsi ciri-ciri tersebut.

Sumber: TikTok cikb_havoc





Source link

OR

Scroll to Top