Terima kasih Perak FC kenangan bersama kekal abadi – Guaycochea

Terima kasih Perak FC kenangan bersama kekal abadi – Guaycochea


PEMAIN tengah import Perak FC, Luciano Guaycochea, secara rasmi mengumumkan perpisahan dengan kelab Liga Super itu selepas tiga tahun berbakti di bumi The Bos Gaurus.

Guaycochea, yang berasal dari Argentina lahir pada 24 April 1992, meluahkan penghargaan dan rasa syukurnya atas perjalanan yang amat bermakna bersama skuad Bos Gaurus kendalian Yusri Che Lah yang menamatkan saingan liga di tangga ketujuh dengan 30 mata – lapan menang, enam seri, 10 tewas -selepas mengharungi 24 perlawanan.

“Masa saya bersama kelab ini akhirnya telah sampai ke penghujungnya. Saya amat bersyukur atas tiga tahun yang penuh kenangan indah di sini, di mana hubungan erat dengan anda semua, para penyokong, menjadi sesuatu yang sangat bermakna dan istimewa dalam hidup saya,” katanya menerusi laman sosialnya.

Guaycochea turut menegaskan bahawa sejak perlawanan pertamanya sehingga ke aksi terakhir, beliau telah memberikan segala-galanya untuk kelab tanpa sebarang keraguan.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang saya temui sepanjang perjalanan ini — rakan sepasukan, barisan kejurulatihan, kakitangan perubatan, kakitangan pentadbiran, kitman, serta semua yang sentiasa membuat saya berasa seperti di rumah sendiri,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa terharu terhadap sambutan hangat yang diberikan oleh keluarga besar Perak FC sepanjang penglibatannya bersama kelab.

“Hubungan ini tidak akan saya lupakan. Anda semua akan sentiasa berada dalam hati saya. Terima kasih, Perak!” tambahnya.

Sepanjang beraksi bersama skuad Kejor Yeop Kejor musim ini, Guaycochea yang berusia 32 tahun berkenaan menjadi nadi penting di bahagian tengah, telah menjaringkan 11 gol dalam 20 penampilan.

Sebelum ini, Perak FC mengesahkan tidak akan mengambil bahagian dalam saingan Liga Super 2025/2026 berikutan masalah kekangan kewangan



Source link

OR

Scroll to Top