Pelakon Kamal Adli mengucapkan terima kasih kepada bekas isterinya, Uqasha Senrose atas segala pengorbanan sepanjang empat tahun perkahwinan mereka.
Memetik mStar Online, Kamal berkata Uqasha banyak mengajar dirinya mengenai alam rumah tangga serta membentuk dirinya menjadi seorang suami dan bapa.
BACA: “Jangan Susahkan Saya Untuk Jumpa Hawra, Saya Ada Dia Saja Sekarang”
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada Uqasha kerana pernah menerima saya sebagai suami. Dialah yang banyak mengajar saya tentang rumah tangga dan bagaimana menjadi seorang lelaki.
“Sejujurnay saya tak ada pengalaman dalam perkahwinan apatah lagi memikul tanggungjawab sebagai bapa. Jadi saya menghargai segala yang dipelajari daripadanya,” katanya.
Sementara itu, Kamal memohon maaf seandainya ada melakukan kesalahan sepanjang bergelar suami serta mengatakan semua ini tidak akan berlaku seandainya dia menjadi suami yang lebih baik.
“Kesalahan itu saya letakkan sepenuhnya pada diri sendiri. Jika saya seorang suami yang lebih baik, mungkin perkara ini tak berlaku. Namun saya reda dengan ketentuan ini,” katanya.
Sumber: mStar Online






