Terlalu ‘Clean’ Sampai Disisih? Adriana Adnan Dakwa Industri Mahu Kontroversi, Bukan Bakat – “Kepada Yang Cari Kekurangan Saya, Semoga Berjaya”

Terlalu ‘Clean’ Sampai Disisih? Adriana Adnan Dakwa Industri Mahu Kontroversi, Bukan Bakat – “Kepada Yang Cari Kekurangan Saya, Semoga Berjaya”

Terlalu ‘Clean’ Sampai Disisih? Adriana Adnan Dakwa Industri Mahu Kontroversi, Bukan Bakat – “Kepada Yang Cari Kekurangan Saya, Semoga Berjaya”


Pelakon, Adriana Adnan meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa dirinya sering diketepikan dalam industri hiburan meskipun sanggup melakukan apa sahaja demi menjayakan watak.

Menerusi hantaran di Threads, Adriana mengakui keliru dengan kehendak sebenar industri apabila komitmen dan pengorbanannya seolah-olah tidak dipandang.

“Kalau suruh saya kurus untuk karakter, saya boleh. Kalau nak potong rambut, saya potong. Saya sanggup buat apa saja selagi munasabah,” katanya.

Namun, lebih mengejutkan apabila Adriana mendakwa ada pihak menyarankannya mencipta kontroversi demi kekal relevan, malah melabelkan dirinya terlalu ‘clean’ dan tidak cukup sensasi untuk dijadikan bahan berita.

“Industri kita pilih yang selalu viral, selalu keluar berita. Mereka kata saya terlalu ‘clean’, tak newsworthy. Tapi bagi saya, maruah diri dan keluarga lebih penting. Saya tak akan korbankan semua itu,” tegasnya.

Situasi tersebut membuatkan Adriana tertanya-tanya sama ada penolakan yang diterima hanyalah alasan kosong untuk menyingkirkannya, sekali gus memberi tekanan emosi terhadap dirinya.

“Semua ini buat saya terfikir, adakah mereka hanya beri alasan rawak untuk menolak saya? Atau cuba menjatuhkan saya supaya rasa kecewa dan tertekan?,” soalnya.

Bagaimanapun, Adriana tetap bersyukur dengan sokongan individu sekeliling yang sentiasa mempercayai bakatnya.

“Kepada yang hanya mencari kekurangan saya kerana ada pilihan lain hari ini, semoga berjaya. Kita lihat sejauh mana mereka boleh bertahan,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top