Tersedar 2 Jam Sebelum Majlis, Anzalna Mohon Maaf Berbusana Putih Ke Resepsi Fattah Amin & Amira Othman

Tersedar 2 Jam Sebelum Majlis, Anzalna Mohon Maaf Berbusana Putih Ke Resepsi Fattah Amin & Amira Othman


Pelakon jelita,  Anzalna Nasir mencuri perhatian warganet selepas tampil berbusana serba putih ketika menghadiri majlis resepsi pasangan selebriti popular,  Fattah Amin dan Amira Othman, baru-baru ini.

Menariknya, Anzalna memaklumkan, dia terlupa mengenai majlis berkenaan dan hanya sempat bersiap dua jam sebelum acara bermula.

Menyedari khilaf diri, aktres drama Love You Mr Arrogant itu berkongsi detik mencemaskan apabila terpaksa membuat persiapan di saat-saat akhir.

“Believe it or not, saya boleh terlupa semalam ada wedding! Dua jam sebelum majlis baru teringat. Terus call makeup artist @adilamalek dan hijab stylist @bellaaszn datang rumah siapkan,” katanya.

 

Lebih mencuit hati, Anzalna sempat memohon maaf kepada pasangan pengantin kerana tidak menyedari baju yang dipakainya berwarna putih iaitu  warna yang kebiasaannya tidak dipakai oleh tetamu yang hadir bagi menghormati pasangan pengantin.

“Wedding start pukul 7 malam, makeup pula start pukul 6:15 sekali lagi, saya buat dia orang kalut. So sorry guys! Saya pun tak tahu apa masalah saya Nasib baik ada baju @arunsayfulldesiree dalam wardrobe yang belum pernah dipakai, tapi warna putih pula! Minta maaf pengantin, saya pakai baju putih terus tak berani nak naik pelamin jumpa pengantin,” jelasnya.

Meskipun dalam keadaan tergesa-gesa, Anzalna sempat memuji majlis resepsi tersebut yang dianggap cukup indah dan meriah.

“Apa pun, @amiraaothman memang cantik sangat semalam @fattahaminz memang bertuah dapat dia! Wedding reception pun best, semua penyanyi favourite saya perform, rasa macam pergi concert!

“Thanks again guys for having us. Sekian lah cerita daripada kalut girl but Alhamdulillah, we still made it on time to the wedding sebab dekat sangat dengan rumah,” tambahnya.



Source link

OR

Scroll to Top