Pelakon dan pengacara jelita, Syahnaz Sadiqah kini bergelar isteri kepada ahli politik Ritchie Ismail atau Jeje Govinda berjawatan Ketua Daerah Bandung Barat.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata. Ramai yang kagum dengan perubahan Syahnaz sekarang ini.

Siapa sangka adik bongsu kepada selebriti yang juga usahawan terkenal, Raffi Ahmad ini aktif menemani suami dalam pelbagai aktiviti kerajaan.

Perkongsiannya di platform media sosial menunjukkan kesederhanaan personalitinya dalam setiap acara sekaligus meraih pujian warga maya yang kagum dengan perubahannya itu.
Tetap merendah diri dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, Syahnaz membuktikan kejayaan mampu diraih dengan cara berbeza.
Membintangi Beberapa Sinetron
Sebelum berkahwin dan bergelar isteri kepada ahli politik, Syahnaz pernah membintangi beberapa sinetron dan program televisyen. Syahnaz memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan pada usia muda dengan membintangi pelbagai sinetron popular.

Biarpun tidak selalu menjadi pelakon utama, peranan sokongan yang dimainkannya tetap meninggalkan kesan kepada jiwa penonton.
Selain sinetron, Syahnaz juga pernah menjadi pengacara di beberapa program televisyen.
Sokong Suami
Hakikatnya kehidupan Syahnaz daripada seorang selebriti kepada isteri ahli politik bukan mudah. Perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan permintaan yang berbeza.


Pun begitu, Syahnaz yang kini berusia 32 tahunn dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik, sambil mengekalkan kesederhanaan dan keanggunannya. Ini menunjukkan Syahnaz mampu mengimbangi kehidupan peribadinya dengan publik.
Sebagai isteri ahli politik, Syahnaz aktif menyokong program suaminya. Syahnaz sering dilihat menghadiri pelbagai acara kerajaan dan berinteraksi dengan orang ramai.

Kehadirannya memberi sinar baharu kepada pemerintah Kabupaten Bandung Barat sekaligus membuktikan peranan isteri pemimpin juga penting.
BACA JUGA: “Malu Nak Buka Tudung Semula” SYAHNAZ SADIQAH Istiqamah Bertudung Selepas Tunai Haji
The post Tetap Bersederhana Walau Bergelar Isteri Ahli Politik, Kenali SYAHNAZ SADIQAH Selebriti Jelita Tersohor Indonesia appeared first on Hijabista.