“Tetap Setia Walau Dilukai” – Perkongsian Uqasha Senrose Undang Tanda Tanya

“Tetap Setia Walau Dilukai” – Perkongsian Uqasha Senrose Undang Tanda Tanya


Rumah tangga pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli kembali bualan ramai apabila timbul spekulasi mendakwa hubungan mereka sedang bergolak.

Spekulasi itu timbul apabila ada peminat menyedari pasangan pelakon itu tidak lagi saling mengikuti di media sosial. 

BACA: “Banggalah, Ada Adik Datin” – Uqasha Senrose

Lebih menjadi perhatian, Uqasha memuat naik hantaran berbentuk luahan hati  mengenai wanita yang bertahan dalam hubungan meskipun sering disakiti.

“Dia setia kerana itulah sifat dirinya, bukan sebab dia perlukan kamu. Dia tetap setia walau dia terluka. Dia ada walaupun awak tak sudi.

“Dia sentiasa pilih awak, walau awak berikan banyak alasan untuk berbuat sebaliknya. Dia tidak lemah, dia cuma berbeza.

“Kesetiannya bukan untuk kamu tapi cerminan hatinya, tapi jangan salah anggap dengan menyangka kesetiaannya sebab bergantung hidup dengan kamu.

“Dia boleh hidup tanpa kamu, cuma dia pilih untuk percaya kamu. Dia selalu beri lebih daripada apa yang dia dapat. Suatu hari nanti dia akan berhenti buat itu semua bukan kerana benci, tapi kerana kekuatan yang ada padanya disimpan dalam diam,” tulisnya.






Source link

OR

Scroll to Top