Phnom Penh: Thailand dan Kemboja mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata “serta-merta” pada Sabtu.
Kedua-dua negara menerusi satu kenyataan bersama berikrar untuk menamatkan pertempuran berdarah di sempadan yang berlarutan sejak beberapa minggu lalu.
“Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata serta-merta sejurus penandatanganan Kenyataan Bersama ini yang berkuat kuasa bermula jam 12 tengah hari (waktu tempatan) pada 27 Disember 2025.
“Ia membabitkan semua jenis senjata, termasuk serangan terhadap orang awam, objek awam dan infrastruktur, serta sasaran ketenteraan kedua-dua pihak, dalam semua situasi dan kawasan,” jelas kenyataan daripada Jawatankuasa Sempadan Am Khas kedua-dua negara yang dikeluarkan oleh pihak Kemboja.
© New Straits Times Press (M) Bhd






