Bangkok: Umat Islam di Thailand akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun, iaitu sama seperti Malaysia dan Singapura.
Presiden Jawatankuasa Ulama Sheikhul Islam, Waederamae Mamingji berkata umat Islam di seluruh negara diminta melihat anak bulan selepas waktu maghrib pada Rabu bagi menentukan tarikh 1 Zulhijah.
“Anak bulan telah pun kelihatan.
“Sehubungan itu, saya mengisytiharkan Khamis (29 Mei) sebagai 1 Zulhijah 1446 Hijrah dan Hari Raya Aidiladha akan disambut pada Sabtu (7 Jun),” katanya dalam satu kenyataan.
Pengumuman itu turut disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen dan radio.
Umat Islam di Malaysia, Singapura dan Kemboja akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 7 Jun, manakala umat Islam di Indonesia pada 6 Jun.
© New Straits Times Press (M) Bhd