Thailand tangkap 3 suspek seludup pelarian Rohingya

Thailand tangkap 3 suspek seludup pelarian Rohingya


Bangkok: Polis Thailand menahan tiga suspek penyeludupan manusia berhubung kematian tiga pelarian Rohingya yang mati lemas di bahagian belakang trak di Thailand, kata pegawai pada Sabtu.

Tiga pelarian Rohingya meninggal dunia dan enam lagi cedera selepas penyeludup didakwa memuatkan 26 orang yang merentasi sempadan Thailand-Myanmar ke dalam dua kenderaan.

Rohingya yang majoritinya beragama Islam, mengalami penindasan teruk di barat Myanmar yang dilanda perang dan ribuan daripada mereka mempertaruhkan nyawa setiap tahun untuk cuba sampai ke Malaysia atau Indonesia melalui Thailand.

Seorang wakil Biro Penyiasatan Pusat Thailand (CIB) memberitahu AFP pada Sabtu, mereka menahan seorang suspek utama – Somkiat atau ‘Bang Golf’, 30 – di wilayah tenggara Chanthaburi pada Rabu.

Dua rakan suspek, Nattawut, 20, dan Pongpitsanu, 20, ditahan di Bangkok pada hari sama.

Mereka semua ditahan atas tuduhan ‘menyeludup pendatang haram ke dalam negara’, kata polis dalam satu kenyataan.

Polis menambah, Somkiat bekerjasama dengan rangkaian penyeludupan lain di negara itu dan ditawarkan sekitar 3,000 baht (kira-kira RM387) bagi setiap pelarian yang berjaya diseludup.

Ratusan ribu Rohingya melarikan diri dari Myanmar ke negara jiran Bangladesh pada tahun 2017 semasa tindakan keras oleh tentera yang kini menjadi subjek kes mahkamah genosid oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tentera Myanmar merampas kuasa dalam satu rampasan kuasa pada tahun 2021 dan tiga tahun perang sejak itu telah menyebabkan jutaan orang kehilangan tempat tinggal di negara berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top