This is Love: Koleksi Krismas Minimalist Lab, Confirm Buat Hati Cair!

This is Love: Koleksi Krismas Minimalist Lab, Confirm Buat Hati Cair!


Design yang simple tapi sekali pandang boleh buat hati anda terus cair dan jatuh cinta. Inilah koleksi This is Love dari Minimalist Lab sempena Krismas yang bakal disambut bulan ini.

Minimalist Lab mengajak anda semua untuk meraikan keindahan memberi dan menghargai hubungan dengan koleksi This is Love.

Pada anda yang masih lagi tercari-cari apa hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada orang tersayang, nah inilah dia.

Direka untuk menggambarkan pelbagai bentuk kasih sayang yang bukan hanya untuk diri sendiri, malah ia sesuai untuk diberikan kepada keluarga, rakan-rakan, atau seseorang yang istimewa!

Koleksi ini juga mengingatkan kita bahawa hadiah paling bermakna sentiasa datang dari hati yang ikhlas, suci dan murni.

Belanja RM200, Dapat Set Hadiah Percuma (Edisi khas MNML x Zee Avi (online & TRX exclusive)

Cinta itu memberi. Setiap hadiah bukan sekadar cantik, tetapi membawa maksud, perhatian dan rasa ikhlas.

Tahun ini, Minimalist Lab menjadi ‘destinasi’ hadiah anda, lengkap dengan panduan hadiah untuk si dia, untuk adik-beradik perempuan, dan untuk rakan-rakan anda supaya setiap item bukan hanya perhiasan, tetapi simbol kasih sayang dari anda.

Jadi, untuk menjadikan musim ini lebih istimewa, pada anda yang berbelanja RM200 akan menerima salah satu daripada dua set hadiah percuma yang dipilih dengan penuh teliti (bernilai RM79):

1. White Pine Candle Gift Box (Edisi Perayaan 2025): 1x Kotak Barang Kemas MNML, 1x Lilin MNML, dan Baucar Tunai MNML RM10.

2. Zee Avi x MNML White Pine Candle Gift Box (Edisi Perayaan 2025): Eksklusif online dan stor TRX, dengan kotak edisi terhad yang diinspirasikan daripada kolaborasi ikonik. Pilihan sempurna untuk anda yang mahukan sesuatu yang benar-benar unik musim Krismas ini.

Raikan Cinta Dengan Tiga Siri Signature Minimalist Lab

1. Pearl Series – Cinta Itu Universal

Pearl Series menggabungkan mutiara air tawar asli dengan mutiara buatan berkualiti tinggi, hasilnya vibe yang suci, classy dan timeless.

Setiap satu direka menggunakan 925 sterling silver, hypoallergenic, dan datang dalam book box ikonik MNML sebagai peringatan lembut bahawa cinta ada di mana-mana, tunggu untuk dikongsi.

2. Moissanite Series – Kilauan Cinta Yang Tak Pernah Pudar

Setiap batu Moissanite berkilau macam momen paling berharga dalam hidup.

Siri ini meraikan detik bermakna, kejayaan kecil, dan kemenangan peribadi yang kita banggakan. Memang perfect kalau nak bagi hadiah yang datang dari hati.

3. Solitaire Series – Cinta Yang Personal & Penuh Niat

Solitaire Series pula meraikan keunikan diri dan niat yang tulus. Dengan batu cubic zirconia 8A yang dipotong sempurna, setiap item melambangkan kekuatan diri, kejelasan hati dan keberanian untuk mencintai.

Hadiah yang simple, cantik tapi penuh makna ini sesuai dijadikan perhiasan harian untuk diri sendiri atau orang tersayang.

Pesanan Manis Dari Pengasas – Nicole Chia

“Setiap koleksi di Minimalist Lab bermula dari hati,” kata Nicole Chia.

“Untuk This is Love, kami nak tunjuk semua cara cinta hadir dalam hidup sebagai peringatan lembut pada diri sendiri, tanda sayang untuk seseorang yang dekat di hati, atau sebagai penghargaan atas kemenangan kecil kita.

“Krismas ini, biar koleksi kami bantu korang berkongsi detik bermakna, hadiah yang betul-betul meninggalkan kesan, dan kenangan yang kekal selamanya.”

Tentang Minimalist Lab

Dilahirkan di Malaysia, Minimalist Lab dah lebih 11 tahun menghasilkan perhiasan minimalis yang meraikan kecantikan seharian, kisah peribadi dan hubungan bermakna.

Setiap rekaan dicipta untuk memberi inspirasi dan menjadi pengingat kecil tentang cinta dalam pelbagai bentuk.

Jom Sambut Musim Cinta Dengan Minimalist Lab

Jangan ditunggu lagi, jom terokai koleksi This is Love dan tebus set hadiah percuma anda di website Minimalist Lab atau terus ke butik di TRX, Pavilion KL, Sunway Velocity, dan PJ Neighbourhood Store.

Beri lebih daripada sekadar hadiah! Cipta momen, kenangan, dan beri secebis hati kepada yang tersayang anda!

MinimalistLab #HolidayGiftBox #MeaningfulGifts #MNMLGifting #WhitePineCandle #Festive2025 #GiftWithHeart






Source link

OR

Scroll to Top