THT, TNB mudah langkah ke separuh akhir Piala TNB

THT, TNB mudah langkah ke separuh akhir Piala TNB


Pemain Terengganu Hockey Team (THT) Muhammad Arif Syafie membuat percubaan gol ketika menentang Armed Forces HT pada pusingan suku akhir Liga Premier Hoki Malaysia Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2025 di Stadium Hoki Tun Razak Jalan Duta, pada Selasa. Foto Bernama

PASUKAN Hoki Terengganu (THT), juara baharu Liga Hoki Malaysia (MHL) dan naib juara liga, Tenaga nasional Berhad (TNB) kekal di landasan untuk membutr kejuaaan dalam saingan Piala TNB 2025 selepas mara ke separuh akhir.

Pada perlawanan suku akhir di Stadium Tun Razak di sini, THT membelasah Pasukan Hoki Angkatan Tentera (AFHT) 8-3, manakala TNB menumpaskan Liaoning 8-2 di Stadium Kementerian Pendidikan (KPM) di Lembah Pantai di sini.

Dua lagi perlawanan suku akhir menyaksikan Kelab Hoki Matador mengetepikan TNB Thunderbolt 2-1 di Stadium Tun Razak sementara Maybank menyingkirkan UiTM HA-KPT 2-0 di Stadium KPM.

Pada separuh akhir Khamis (20 Feb), THT akan menentang Kelab Hoki Matador, manakala TNB akan bertemu Maybank di Stadium Hoki Nasional 2 di Bukit Jalil.

Pemain Terengganu Hockey Team (THT), Lee Nam Yong cuba menjaringkan gol namun berjaya diselamatkan Penjaga gol Armed Forces HT, Mohd Aliff Mohd Azman pada pusingan suku akhir Liga Premier Hoki Malaysia Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2025 di Stadium Hoki Tun Razak Jalan Duta, pada Selasa. Foto Bernama

Pemain Terengganu Hockey Team (THT), Lee Nam Yong cuba menjaringkan gol namun berjaya diselamatkan Penjaga gol Armed Forces HT, Mohd Aliff Mohd Azman pada pusingan suku akhir Liga Premier Hoki Malaysia Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2025 di Stadium Hoki Tun Razak Jalan Duta, pada Selasa. Foto Bernama

Dalam perlawanan THT menentang AFHT, penyerang sensasi Faizal Saari mencuri tumpuan dengan meledakkan hatrik (minit ke-35, 50 dan 54).

Mohamad Akhimullah Anuar Esook turut menyumbang dua gol pada minit ke-4 dan ke-24, manakala Mohd Fitri Saari (minit ke-17), Muhammad Faris Harizan (minit ke-49) dan Tengku Ahmad Tajuddin (minit ke-58) masing-masing mencetak satu gol.

AFHT membalas melalui jaringan Ismail Abu (minit ke-12, ke-38 dan Mohammad Noor Firdaus Rosdi (minit ke-53).

Ketua jurulatih THT, Harfizi Baharom gembira dengan prestasi anak buahnya sambil menjelaskan bahawa mereka akan memperkemaskan benteng pertahanan serta meningkatkan komunikasi antara pemain di atas padang pada perlawanan seterusnya.

THT kini memburu gelaran treble musim ini selepas menjuarai MHL dan menewaskan TNB 2-1 untuk merangkul Piala Sumbangsih bulan lepas. – Bernama



Source link

OR

Scroll to Top