“Tiada Agenda Tersembunyi” – Rita Rudaini Bersuara Demi Kebajikan Anak-Anak & Ibu Bapa

“Tiada Agenda Tersembunyi” – Rita Rudaini Bersuara Demi Kebajikan Anak-Anak & Ibu Bapa


Pelakon Rita Rudaini berkata kenyataan dibuatnya sebelum ini tiada agenda tersembyunyi sebaliknya demi kebajikan anak-anak dan ibu bapa.

Beberapa hari lalu, seorang tokok akademik yang juga Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar dan timbalannya memfailkan saman terhadap Rita selepas notis tuntutan RM1 juta tidak dipenuhi.

BACA: Rita Rudaini Dakwa Sekolah Simpan Kes Buli ‘Bawah Karpet’

“Tiada agenda tersembunyi, hanya kebajikan anak-anak dan ibu bapa yang saya perjuangkan sejak awal.

“Andai kejujuran ini membuat ada yang kurang senang, saya terima kerana saya tidak tahu menjadi selain diri saya sendiri,” katanya.

Sementara itu, dalam satu hantaran lain di Threads, Rita membuat luahan rindas tentang berkata jujur dan benar namun hakikatnya ia sesuatu yang tidak selalu mudah diterima.

“Berkata jujur itu tidak selalu manis. Kadang yang paling pedih didengar, itulah yang paling benar,” katanya.

Rita sebelum ini mendakwa wujud kelemahan dalam kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau dikenali sebagai Muafakat di MRSM Sungai Besar.






Source link

OR

Scroll to Top