Pempengaruh media sosial dan usahawan, Khairul Aming mengumumkan selepas berbulan-bulan membuat persediaan, restorannya Rembayung bakal dibuka pada 6 Januari ini.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Khairul Aming berkata restoranya itu tidak menyediakan bilik VIP sebaliknya semua orang dijemput untuk menjamu selera beramai-ramai.
BACA: Khairul Aming Beli Rumah Pertama Selepas 12 Tahun Menyewa
“Inilah dia Rembayung, restoran pertama Khairulaming. Selepas berbulan-bulan buat persediaan, akhirnya kita bersedia untuk membuka tirai.
“Berpuluh jenis juadah kampung dan minuman disediakan. Kuih muih pun ada juga. Di rembayung kita tak ada VIP room, semua orang dijemput menjamu selera beramai-ramai,” katanya.
Sementara itu, Khairul Aming turut berharap orang ramai mendoakan perniagaan yang diusahakan itu dipermudahkan dan tidak sabar menanti kehadiran pengunjung.
“Doakan perniagaan kami dipermudahkan dan kami semua tak sabar nak nantikan kehadiran anda,” tulisnya.






