Tiada di malam final TTMM2, Datuk Red terkilan tak dapat tiket sokong Anggrek

Tiada di malam final TTMM2, Datuk Red terkilan tak dapat tiket sokong Anggrek

Tiada di malam final TTMM2, Datuk Red terkilan tak dapat tiket sokong Anggrek


Bekas suami penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, tampil menjelaskan sebab ketidakhadirannya pada pentas akhir program Talk To My Manager Musim Kedua (TTMM2) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam Ahad lalu.

Terkilan tak dapat tiket

Memetik laporan mStar, menurut Adnan, 48, dia sebenarnya berhasrat untuk hadir bagi menyaksikan persembahan anaknya, Anggrek, namun gagal mendapatkan tiket masuk ke acara berkenaan walaupun sudah berusaha mendapatkan bantuan daripada beberapa pihak.

“Saya tak dapat tiket. Saya reda cuma terasa hati takkan satu tiket untuk bapa pun tak ada. Saya dah cuba hubungi pengurus Adira, dia kata tak ada peruntukan untuk saya.
“Saya hubungi orang Astro pun tak ada jawapan. Takkanlah tak ada tiket saya nak pergi. Saya hanya nak tengok anak saja.
“Saya malas nak bising-bising sekarang, tak mengapalah,” katanya, baru-baru ini.

Walaupun tidak dapat berada di lokasi pertandingan, Adnan berkata dia tetap mengikuti siaran program tersebut dari rumah dan berasa bangga melihat kejayaan Anggrek dinobatkan sebagai juara.

“Kadang-kadang kalau nak cakap nanti ramai orang kecam sebab tak suka saya. Sejahat-jahat seorang bapa, saya tetap bangga dengan kejayaan anak.
“Kalau saya cakap lebih nanti orang kata saya ‘claim’ lebih. Memang daripada Anggrek ‘kosong’ sampailah dia berjaya sekarang bukan daripada usaha saya.
“Tapi sebagai bapa saya tetap menyokong dan menonton seorang diri di rumah. Menitik juga air mata saya lihat Anggrek menang malam tadi (Ahad),” ujarnya.

Dalam pada itu, Adnan memaklumkan dia masih belum menghubungi Anggrek bagi mengucapkan tahniah kerana komunikasi dengan anak-anaknya ketika ini hanya boleh dilakukan menerusi pembantu rumah.

“Selepas Anggrek menang saya tak ada menghubunginya kerana saya hanya boleh berkomunikasi dengan bibik (pembantu rumah) saja.
“Saya masih lagi mengikut perintah hadanah kalau nak bertemu dengan anak-anak bolehlah. Tapi kalau untuk berkomunikasi memang saya tak ada nombor telefon Anggrek.
“Saya pun tak ada berhubung dengan Adira sebab dia masih sekat nombor saya,” jelasnya.

Mengulas mengenai kecenderungan Anggrek untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni suara, Adnan berkata dia tidak mempunyai halangan terhadap hasrat tersebut dan menyerahkan segala urusan berkaitan kerjaya anaknya kepada Adira sebagai penjaga.

“Saya tidak menghalang sekiranya Anggrek mahu jadi penyanyi. Saya tak boleh halang sebab semua urusan kerjaya di bawah penjagaan ibunya (Adira).
“Saya doakan kalau itu yang terbaik buat Anggrek, cuma jangan tersalah langkah saja tapi saya yakin dia di bawah jagaan ibunya, insya-Allah boleh,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Dua minggu tak dapat jumpa anak, Datuk Red lepas rindu datang beri sokongan buat Anggerik

Untuk rekod, Adnan dan Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebelum sah bercerai pada 24 April lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 9, Asan, 8, Anggun, 7, dan Ayob yang kini berusia empat tahun.

Sumber: mStar 





Source link

OR

Scroll to Top