Pelakon, Julia Farhana menjadi perhatian apabila didakwa menyambut Aidilfitri tahun ini secara berasingan tanpa suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.
Tiada gambar raya bersama

Perkara itu disahkan menerusi perkongsian Instagram, Che Hafiz hanya memuat naik foto dirinya meraikan Aidilfitri bersama ibu tersayang tanpa kehadiran isterinya, Julia.
“Sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Bharu. Seperti biasa di pagi raya saya akan singgah ziarah ibu & ayah tercinta terlebih dahulu.
“Sempat jugak merasa air tangan ibu buat nasi minyak ayam merah yang sudah lama mengidam.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua. Semoga kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Selain itu, spekulasi rumah tangga mereka sedang bergolak dikuatkan lagi apabila pasangan berkenaan turut dilihat tidak lagi saling mengikuti (unfollow) antara satu sama lain di platform media sosial tersebut.

Artikel lain: Julia Farhana syukur miliki suami terbaik, tetap kuat meski sering difitnah

Untuk rekod, Julia dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 14 April 2022 dalam sebuah majlis tertutup.
Pengumuman perkahwinan itu dibuat selepas mereka pulang daripada berbulan madu, dengan Julia ketika itu meluahkan rasa syukur di samping memohon doa orang ramai agar perkahwinan mereka kekal bahagia.
Sebelum ini, Che Hafiz pernah berkahwin dengan penyanyi, Lufya Omar pada November 2016 sebelum berpisah pada Jun 2020.
Sumber: Instagram drchehafiz





