Tiada istilah anak tiri dalam Kerajaan MADANI, peruntukan dibuat ikut keperluan rakyat – PM Anwar

Tiada istilah anak tiri dalam Kerajaan MADANI, peruntukan dibuat ikut keperluan rakyat – PM Anwar


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada istilah anak tiri dalam Kerajaan MADANI kerana setiap keputusan peruntukan dibuat berdasarkan keperluan rakyat dan pembangunan seimbang di seluruh negara.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata isu peruntukan kerajaan kepada semua negeri, termasuk negeri pembangkang, tidak seharusnya dijadikan bahan politik kerana Kerajaan MADANI telah membuktikan komitmen dengan sentiasa menambah peruntukan kepada negeri-negeri terbabit.

“Tidak wajar untuk beberapa negeri dikuasai pembangkang di Semenanjung mengatakan ‘kami dianaktirikan, kami dizalimi’ kerana kenyataannya berbeza.
“Apa yang kita lakukan dalam beberapa tahun ini, Kerajaan MADANI membuktikan peruntukan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis ditambah, bukan kerana kita pilih untuk tambah, tetapi kerana keperluan,” katanya,hari ini.

Tiada istilah anak tiri dalam Kerajaan MADANI

Dalam pada itu, beliau turut menekankan bahawa prinsip keadilan dalam pengagihan sumber dan pembangunan negeri menjadi asas pentadbiran Kerajaan MADANI, yang menekankan integriti serta tadbir urus baik.

Beliau mengimbau semula situasi pada 2003 dan 2004 apabila semua peruntukan kepada sekolah agama rakyat dibatalkan kerana perbezaan pandangan politik.

“Mantan Perdana Menteri (ketika itu) yang menjadi jaguh besar Melayu-Korea sekarang membatalkan semua peruntukan kepada sekolah agama rakyat.
“Saya tidak setuju. Betul ada masalah kurikulum, tetapi ratusan ribu anak-anak itu dikorbankan kerana perbezaan pandangan politik,” katanya.

Artikel lain: PM Anwar dedah pemberian khas Sabah meningkat 2 kali ganda, tertinggi pernah direkodkan

Sejak mengambil alih pentadbiran, Kerajaan MADANI mengambil inisiatif memulihkan semula sekolah agama rakyat, terutamanya di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Selain itu, peruntukan segera RM36 juta telah disediakan bagi membaiki sekolah daif yang menempatkan anak-anak di kampung dan desa.

” Sekolah-sekolah anak kita. Mungkin bukan anak-anak kita di sini, tapi anak-anak kita di kampung, di desa yang miskin. Sekolah daif harus dibantu,” katanya.

Tegasnya lagi, konsep tadbir urus yang baik serta integriti perlu dijadikan asas dalam pentadbiran negara dan tidak dicemari dengan kepentingan politik sempit.

Sumber: BERNAMA





Source link

OR

Scroll to Top