Tiada keperluan PRK di Parlimen Pandan, Setiawangsa – SPR

Tiada keperluan PRK di Parlimen Pandan, Setiawangsa – SPR


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengesahkan bahawa tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan bagi kerusi Parlimen P.100 Pandan dan P.118 Setiawangsa selepas kedua-dua kerusi itu diisytiharkan kosong di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul melalui surat bertarikh 20 Mei 2026 berhubung status kekosongan luar jangka bagi dua kerusi Parlimen berkenaan.

Foto arkib: Bernama

Beliau menjelaskan bahawa keputusan untuk tidak mengadakan PRK dibuat berdasarkan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan.

Ramlan berkata, pihak Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan bahawa tiada keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka tersebut.

“Berdasarkan kepada Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut.
“Selaras dengan itu, tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.100 Pandan dan P.118 Setiawangsa akan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.





Source link

OR

Scroll to Top