Sejak beberapa hari lalu pemilihan pelakon Nur Fazura sebagai wajah kolaborasi eksklusif bagi Koleksi Raya Jakel 2026 menjadi bualan ramai.
Memetik Oh Bulan, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Pemasaran dan Promosi Jakel iaitu Muzaffar Jakel berkata pemilihan Fazura bukan tujuan melagakan mana-mana pihak seperti yang didakwa.
BACA: “Kita Diam-Diam Cari Rezeki Ya Anakku” – Fazura
“Sebenarnya kami melamar semua artis yang kami rasakan mempunyai rekod peribadi yang bersih dan tidak terpalit dengan sebarang masalah.
“Tiada sebarang niat untuk melagakan mana-mana pihak. Saya dan pasukan buat ini adalah semata-mata untuk kempen Jakel.
“Pemilihan Fazura bukan sebagai duta, tetapi kontrak sebagai kolaborasi eksklusif Koleksi Raya 2026. Pihak kami menyediakan reka bentuk, namun idea keseluruhan datang daripada Fazura sendiri. Kami juga tiada sebarang niat memilih Fazura dengan tujuan mahu mencetuskan isu,” katanya.
Sementara itu, Muzaffar berkata perbincangan mengenai kolaborasi bersama Fazura sudah dilakukan sejak lapan bulan lalu.
“Perbincangan telah dibuat sejak tujuh atau lapan bulan lepas. Ada juga duta sebelum ini yang menyambung kerjasama dan ada juga yang tidak. Ini bukan soal balas dendam atau apa-apa niat lain,” katanya.
Mengulas mengenai Fattah Amin yang sebelum ini merupakan duta Jakel dan kini bersama jenama lain, Muzaffar berkata itu adalah rezeki masing-masing.
“Itu sudah menjadi rezeki dia, bukan saya boleh ikat dia. Terpulang kepadanya. Selebriti ini akan sentiasa ada yang datang dan pergi.
“Untuk tahun ini, Jakel juga memilih lebih ramai selebriti termasuk memperkenalkan koleksi bersama duta Gen Z,” katanya.
Sumber: Oh Bulan






