September 8, 2024

Tiada penerbangan Malaysia Airlines, Firefly dibatalkan

Tiada penerbangan Malaysia Airlines, Firefly dibatalkan


KUALA LUMPUR- Tiada penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly dibatalkan ekoran gangguan yang dialami penyedia perkhidmatannya, hari ini.

Malaysia Aviation Group (MAG) dalam kenyataannya bagaimanapun berkata, gangguan siber global itu telah menjejaskan sistem tempahan dan daftar masuk dalam talian Firefly.

Katanya, Firefly bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan untuk menyelesaikan isu itu dan dalam masa sama memulihkan sistem secepat mungkin.

Terdahulu, media di seluruh dunia melaporkan gangguan siber global disebabkan isu yang timbul oleh firma keselamatan siber, Crowdstrike.

CrowdStrike Holdings Inc ialah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika Syarikat yang berpangkalan di Austin, Texas. Ia menyediakan perkhidmatan beban kerja penembusan dan keselamatan peranti serta menganalisis ancaman dan serangan siber.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Gangguan siber global: syarikat penerbangan, perkhidmatan terminal terjejas



Source link

OR

Scroll to Top