Tiada permohonan tambahan! MOF tegaskan had BUDI95 kekal 200 liter

Tiada permohonan tambahan! MOF tegaskan had BUDI95 kekal 200 liter

Tiada permohonan tambahan! MOF tegaskan had BUDI95 kekal 200 liter


Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan dakwaan kononnya terdapat permohonan umum untuk tambahan had subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah tidak benar dan tidak berasas.

Permohonan tambahan libatkan kes tertentu

Menerusi kenyataan dibuat MOF, fungsi permohonan tambahan yang pernah wujud dalam portal sebelum ini bukan untuk kegunaan peribadi, sebaliknya hanya melibatkan kes tertentu seperti pemandu e-hailing dan pemilik bot yang memenuhi kriteria operasi khusus.

“Fungsi permohonan tambahan dalam portal BUDI95 telah disalah tafsir sebagai ruang untuk memohon peningkatan had kelayakan secara bebas. Susulan itu, butang permohonan ini telah dinyahfungsikan.
“Had kelayakan BUDI95 sebanyak 200 liter sebulan kekal berkuat kuasa bagi memastikan subsidi disasarkan kepada majoriti rakyat serta bekalan kekal stabil.
“Langkah sementara ini diambil berikutan tekanan pasaran tenaga global yang berterusan, yang meningkatkan kos subsidi dan memerlukan pengurusan lebih berhemah,” katanya dalam satu kenyataan.

Had 200 liter mencukupi secara majoriti

MOF turut menjelaskan bahawa had 200 liter sebulan adalah mencukupi bagi majoriti pengguna, dengan data menunjukkan sekitar 90 peratus penerima tidak memerlukan tambahan.

“Pada harga bersubsidi RM1.99 seliter, pengguna boleh membeli RON95 sehingga RM398 sebulan, dengan kerajaan menanggung sekitar RM500 subsidi bagi setiap penerima,”

sekadar gambar hiasan

Kerajaan juga akan terus memperkukuh penguatkuasaan bagi membendung ketirisan serta memantau rapat pasaran tenaga global bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

Sumber: Facebook Kementerian Kewangan





Source link

OR

Scroll to Top