Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kebimbangan terhadap potensi masalah kesesakan lalu lintas apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link antara Johor Bahru dan Singapura mula beroperasi kelak.
Baginda bertitah, setakat ini masih belum ada penyelesaian menyeluruh disediakan bagi menampung peningkatan jumlah trafik, termasuk pelaksanaan sistem ART bertingkat (elevated ART) atau alternatif pengangkutan lain di kawasan sekitar Bukit Chagar.
Sistem ART

“Kerajaan Persekutuan memaklumkan bahawa tiada peruntukan mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan sekiranya penyelesaian bertingkat sepenuhnya dilaksanakan.
“Namun begitu, Pulau Pinang mampu memperoleh projek LRT yang jauh lebih mahal berbanding sistem ART,” titah baginda dalam satu kenyataan, malam tadi.
Pada masa sama, baginda turut memantau perkembangan beberapa projek kesihatan utama di negeri Johor termasuk Hospital Pasir Gudang yang telah lewat siap, isu-isu di Hospital Sultanah Aminah (HSA), serta kelewatan projek Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2).
Artikel lain: Saya tanggung semua kos ke CAS, bukan duit rakyat – TMJ
Sistem ART

Dalam pada itu, baginda berharap masalah-masalah tersebut dapat diselesaikan dengan segera dan Johor tidak lagi seolah-olah diketepikan.
Sekadar info, Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang merangkumi Stesen Bukit Chagar serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru kini mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 65 peratus.
Projek berimpak tinggi itu dijangka siap sepenuhnya menjelang 31 Disember 2026 dan mula beroperasi pada Januari 2027.
Sumber: Facebook @HRH Crown Prince of Johor






